Friday, September 13, 2024

Qadha solat Sunat Subuh

Kelebihan Solat Sunat sebelum Subuh telah masyhur. Terdapat hadis riwayat Saidatina Aisyah bahawa nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya
( Soheh Muslim)


Solat sunat Subuh itu disunatkan ringan. Bacaan yang disunatkan selepas fatihah rakaat pertama dan kedua adalah Surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas. Boleh juga baca ayat 136 Surah Al-Baqarah dan ayat 64 Surah Ali Imran.

Surah Al-Baqarah, ayat 136:


قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Surah Ali Imran , ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (64)

 Inilah ayat disunnahkan bacaan dalam Solat Sunat Fajar.

Hanya dua rakaat. Jangan tunjuk rajin solat lebih daripada dua rakaat. Itu tidak sunnah!

Ringkas dalam melakukan solat sunat fajar itu adalah afdhal.

Namun, kekadangkan berlaku keadaan di mana kita terlepas daripada kesempatan mendirikannya. Imma bangun lewat atau sakit perut, ada masghul tertenti sehingga iqamah solat fardhu Subuh dilantunkan. Maka bagaimana dengan solat Sunat fajar kita?

Pada dasarnya, apabila sudah diiqamahkan, maka tiada lagi solat sunat yang boleh dilakukan. Fokus hendaklah kepada solat fardhu.

Jika tidak sempat melakukan solat suinat sebelum Subuh, maka ia boleh dilakukan kemudian sama ada selepas masuk waktu Dhuha atau seusai sahaja solat Subuh 

Dalil yang digunakan memebnarkan solat sunat sebelum Subuh itu diqadhakan selepas solat Subuh adalah hadis yang diriwayatkan oleh Qais bin Umar yang mengatakan bahawa dia telah melakukan solat selepas solat Subuh lalu ditanya oleh Rasulullah SAW:

ما هاتان الركعتان يا قيس؟. 
قلت: يا رسول الله، لم أكن صليت ركعتي الفجر فهما هاتان

Apakah dua rakaat ini wahai Qais? Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak solat dua rakaat Subuh, tetapi keduanya sama.
Mengenai status hadis ini:

قال في خلاصة البدر المنير: رواه الشافعي وأبو داود والترمذي وابن ماجه والبيهقي ، وأعله الترمذي وعبد الحق بالانقطاع، ورواه الحاكم وابن حبان بطريق ليس فيها انقطاع، وقال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين فاستفده.


Ibn Qudamah mengomentari hadis ini dengan mengatakan bahawa diamnya Rasulullah SAW terhadap apa yang dilakukan oleh Qais bin Umar itu menunjukkan keharusannya, sementara baginda sendiri diriwayatkan mengqadhakan sunat Zohor selepas solat fardhu Asar.

Al-Khitabi menyebutkan dalam Ainul Ma'b ud mengenai hadis di atas:

فِيهِ بَيَان أَنَّ لِمَنْ فَاتَتْهُ الرَّكْعَتَانِ قَبْل الْفَرِيضَة أَنْ يُصَلِّيهِمَا بَعْدهَا قَبْل طُلُوع الشَّمْس


Ia mengandungi pernyataan bahawa sesiapa yang tertinggal dua rakaat sebelum rakaat fardu (Subuh) hendaklah solat selepasnya sebelum matahari terbit.


Dalam Mazhab Hanafi, ditegaskan larangan solat sunat Subuh selepas Fardhu Subuh kerana terdapat hadis yang melarangnya sepertimana dalam Sunan A-Tirmizi daripada Abu Hurairah, sabda Nabi SAW:

من لم يصل ركعتي الفجر، فليصلهما بعدما تطلع الشمس

Terdapat riwayat menyebutkan Ibn Umar mengqadhakannya dalam waktu Dhuha.


Sebab itu di kalangan Mazhab Hanafi, dibolehkan solat Sunat sebelum Subuh walaupun sudah diiqamahkan. Jika takut terlepas rakaat pertama, masih boleh solat Sunat sebelum Subuh. Cuma jika takut tak sempat rakaat kedua bersama Imam, maka tinggalkan Solat Sunat Subuh dan bawa ke waktu Dhuha sebagai Qadha.

Kata Imam Az-Zaila'i dalam Kitabnya Tabyinul Haqa'iq (Jil 1, Ms 182):

ومن خاف فوات الفجر إن أدى سنته ائتم وتركها)؛ لأن ثواب الجماعة أعظم والوعيد بتركها ألزم، فكان إحراز فضيلتها أولى. قال رحمه الله: (وإلا لا) أي: وإن لم يخش أن تفوته الركعتان إلى أن يصلي سنة الفجر فإن كان يرجو أن يدرك إحداهما لا يتركها؛ لأنه أمكنه الجمع بين الفضيلتين وهذا لأن إدراك الركعة كإدراك الجميع

Dan barangsiapa yang takut fajar terlepas, jika dia menunaikan sunnahnya, dia akan mengikutinya dan meninggalkannya. Kerana pahala solat berjemaah lebih besar dan ancaman meninggalkannya lebih mengikat, justeru mencapai fadhilatnya lebih utama. Beliau rahimahullah berkata: (Jika tidak), maksudnya: Jika dia tidak takut tertinggal dua rakaat sehingga dia solat sunat Subuh, maka jika dia berharap dapat mengejar salah satu daripadanya. mereka, dia tidak sepatutnya meninggalkannya; Kerana dia dapat menggabungkan dua kebaikan, dan ini kerana menyedari satu rakaat seperti menyedari semuanya.
Dalam mazhab Syafie dan Hambali, ditegaskan bahawa setelah Iqamah, tiada lagi solat sunat. Hanya solat fardhu yang bersama Iman yang boleh dilakuakan
Kes terlepas solat Sunat sebelum Subuh ini samalah juga dengan terlepas solat sunat sebelum Asar. Maka, sesiapa yang terasa berat kerana telah terlepas solat sunat itu, maka dia lakukan selepas selesai solat Fardhu. Baik Subuh maupun  Asar. Walaupun terdapat larangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar, larangan itu tertakluk hanya bagi solat sunat Mutlak iaitu solat suinat yang tiada sebab. Adapun  solat sunat Qaadha ada sebabnya , maka ia dibolehkan.
Dipetik daripada: Darulifta Jordan
Namun, jangan jadikan perkara ini kelaziman. Kaklau boleh, bangun sebelum Subuh untuk dapatkan masa yang cukup untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh. Jika tidka mampu juga disebabkan pelbagai faktor (bukan hanya bangun lewat), maka ubahlah agar ada waktunya solat sunat qadha itu dilakukan selepas masuk wkatu dhuha. Tidak salah lakukan selepas solat fardhu Subub. Afdhalnya pada waktu dhuha agar keluar daripada khilaf yang mana ada pandangan yang malrangnya sebagaimana pandangan Ahnaf.

No comments:

Post a Comment