Wednesday, April 30, 2025

Adakah sunnah berpindah tempat solat untu sunat selepas fardhu?

 Pada prisnsip solat ada sunat dan ada fardhu. Ada pula sunat yang mengikuti fardhu. Menjadi satu kebijaksanaan dalam melaksanakan ibadah untuk dibezakan antara sunat dan fardhu. Kerana itu, selepas usai fardhu, sunat diselangi dengan kalam sam ada kalam itu zikir, bacaan  quran atau bergerak ke tempat baru. Ini adalah pandangan para ulama.


Syeikh Ramli dalam Nihayatul Muhtaj menyebutkan:


[(و) يسن أن (ينتقل للنفل) أو الفرض من (موضع فرضه) أو نفله إلى غيره تكثيرًا لمواضع السجود فإنها تشهد له، ولما فيه من إحياء البقاع بالعبادة، فإن لم ينتقل إلى موضع آخر فَصَلَ بكلام إنسان] اهـ.

Khulasah: Sunat pindah tempat solat sunat selepas tunai solat fardhu. Tujuannya adalah untuk banyakkan tempat sujud yang akan menjadi saksi di akhirat serta manifestasi menghidupkan mukabumi dengan ibadah. Jika tidak boleh pindah tempat, maka bercakaplah dengan kalam insan -untuk menunjukkan ada ceraian antara fardhu dan sunat.


Ada hadis dalam sunan Abu Daud berbunyi:

عن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال: لاَ يُصَلِّى الإِمَامُ فِى مُقَامِهِ الَّذِى صَلَّى فِيهِ الْمَكْتُوبَةَ حَتَّى يَتَنَحَّى عَنْهُ


Dalam Sunan Ibn Majah disebutkan pula:

عن أبو هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ، أَوْ عَنْ يَمِينِهِ، أَوْ عَنْ شِمَالِهِ

يعني: السُّبْحَةَ.

والسُّبْحَةُ هي صلاة النافلة بعد الفريضة.


Dalam Nailul Authar oleh Asy-Syaukani dinukilkan:


[والحديثان يدلان على مشروعية انتقال المصلي عن مصلاه الذي صلَّى فيه لكلِّ صلاةٍ يفتتحها من أفراد النوافل، أمَّا الإمام فبنص الحديث الأول وبعموم الثاني، وأما المؤتم والمنفرد فبعموم الحديث الثاني وبالقياس على الإمام، والعلة في ذلك تكثير مواضع العبادة كما قال البخاري والبغوي؛ لأنَّ مواضع السجود تشهد له، كما في قوله تعالى: ﴿يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا﴾ [الزلزلة: 4] أي تخبر بما عَمِل عليها، وورد في تفسير قوله تعالى: ﴿فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ﴾ [الدخان: 29] أنَّ المؤمن إذا مات بكى عليه مصلاه من الأرض ومصعد عمله من السماء، وهذه العلة تقتضي أيضًا أن ينتقل إلى الفرض من موضع نفله، وأن ينتقل لكلِّ صلاةٍ يفتتحها من أفراد النوافل، فإن لم ينتقل فينبغي أن يفصل بالكلام] اهـ.




Rujuk : darul Ifta













Solat Sunat Sebelum Isya'

 Pada dasarnya antara azan dan iqamah ada solat sunat. Hanya, ada yang yang muakkad dan ada yang tidak.

Ini berdasarkan hadis dalam Saheh Bukhari di mana nabi SAW bersabda:


بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ، بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ


Kemudian pada kali ke-3 nabi SAW menambah kata:


لِمَنْ شَاءَ


Di riwayatkan dalam Saheh Bukhari( 1180) dan Saheh Muslim (729):


عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: " حَفِظْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ: رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ المَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ العِشَاءِ فِي بَيْتِهِ، وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ

Rumusan hadis:

  1. 2 rakaat sebelum zohor
  2. 2 rakaat selepas zohor
  3. 2 rakaat selepas maghrib
  4. 2 rakaat selepas Isya'
  5. 2 rakaat sebelum Subuh
Jumlah: 10 rakaat

Dalam hadis riwayat tarmizi dan disahehkan oleh Albani, dinyatakan:


عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الجَنَّةِ: أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ المَغْرِبِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ العِشَاءِ، وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ صَلَاةِ الْغَدَاةِ


Rumusan hadis: 12 Rakaat solat sunat rawatib:
  1. 4 rakaat Sebelum Zohor
  2. 2 rakaat Selepas Zohor
  3. 2 rakaat Selepas Maghrib
  4. 2 rakaat Selepas Isya'
  5. 2 rakaat Sebelum Subuh
Jumlah: 12 Rakaat

Selepas solat Insya, maka bebas untuk solat sebanyak manapun daripada solat malam. Ia jadi amalan nabi SAW. Dalam hadis Bukhari dinukilkan perkataan Ibn Abbas :

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: " بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الحَارِثِ زَوْجِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلم وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا، فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العِشَاءَ، ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ، فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، ثُمَّ نَامَ، ثُمَّ قَامَ

Hanya ia bukan sunat rawatib yang dituntut.


Bacaan: Islamqa












Friday, April 11, 2025

Adakah Samiri itu Dajal?

 Ada lontaran pandangan yang men yataka demikian. 

Antaranya apa yang saya baca dalam buku Syeikh Isa Daud bertajuk "Dialog dengan jin Muslim".

Samiri itu diteorikan sebagai Dajal kerana:

1) Dia nampak malikat yang datang menjemput Musa. Dalam Hadis Nabi, dinyatakan bahawa Dajal melihat Malaikat yang mengawal Makkah dan Madinah.

2) Musa tidak menghukum Samiri dengan hukuman yang sama buat mereka yang menyembah partung anak lembu.


Maka, dalam menanggapi permasalahan ini kita menitipkan beberapa point:

i) Tiada kenyataan pasti dalam Quran atau Hadis bahawa Samiri itu Dajal. Maka dari mana boleh datangnya teori bahawa Samiri itu Dajal? Hal ini tida hujah yang menyakinkan. Pandangan itu boleh jadi salah atau betul. Maka tiada qaul yang boleh dimuktamadkan tanpa dalil!

ii) Pada zaman Nabi SAW, baginda juga mengesyaki bahawa Ibn Spyyad itu Dajal. Namun kemudiannya menjadi nyata buat baginda bahawa Ibn Soyyad bukanlah Dajal yang disebutkan. Ia cuuma salah seorang dajalin yang membuat dusta dalam dunia.

iii) AKalau soal melihat malaikat Jibrail, Abdullah bin Abbas juga pernah melihatnya dalam rupa jelmaan. Disebutkan dalam hadis Musnad Imam Ahmad:


عن ابن عباس رضي الله عنه قال : كُنْتُ مَعَ أَبِي عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ رَجُلٌ يُنَاجِيهِ ، فَكَانَ كَالْمُعْرِضِ عَنْ أَبِي ، فَخَرَجْنَا مِنْ عِنْدِهِ فَقَالَ لِي أَبِي : أَيْ بُنَيَّ ، أَلَمْ تَرَ إِلَى ابْنِ عَمِّكَ كَالْمُعْرِضِ عَنِّي ؟! فَقُلْتُ : يَا أَبَتِ ، إِنَّهُ كَانَ عِنْدَهُ رَجُلٌ يُنَاجِيهِ .
قَالَ : فَرَجَعْنَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَبِي : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ : كَذَا وَكَذَا ، فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ كَانَ عِنْدَكَ رَجُلٌ يُنَاجِيكَ ، فَهَلْ كَانَ عِنْدَكَ أَحَدٌ ؟
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَهَلْ رَأَيْتَهُ يَا عَبْدَ اللَّهِ ؟ فقال : نَعَمْ .
قَالَ صلى الله عليه وسلم : ( فَإِنَّ ذَاكَ جِبْرِيلُ وَهُوَ الَّذِي شَغَلَنِي عَنْكَ ) .

 Ibn ‘Abbas menceritakan: “Pada suatu hari aku dan bapaku berada bersama Rasulullah SAW. (Aku dapati) bersama baginda ada seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepada baginda. Kedudukan baginda pula seakan membelakangi bapaku. Kami kemudiannya meninggalkan baginda.” Bapaku berkata: “Wahai anakku tidakkah kamu perhati bagaimana sepupumu itu duduknya seakan membelakangiku.” Aku berkata: “Wahai ayah! Bersama baginda tadi ada seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadanya.” Kami pun segera kembali kepada Rasulullah dan ayahku menceritakan apa yang telah aku sebut. Beliau bertanya: “(Wahai Rasulullah) adakah benar ada seseorang bersamamu tadi?” Rasulullah bertanya padaku: “Adakah kamu turut melihatnya wahai Abdullah?” Aku menjawab: “Ya!”. Baginda menyambung: “ Itulah Jibril dan dialah yang menjadikan aku sibuk sehingga tidak sempat mempedulikanmu tadi (Wahai al-‘Abbas).” (Musnad Ahmad).


Selain itu, kita akan menemui bayak cerita dan riwayat saheh yang menyebutkan bahawa bahaw ada orang melihat malaikat dalam rupa jelmaannya padahal dia hanya manusia biasa. Hadis yang masyhur tentang Iman, Islam dan Ehsan salah satunya. Maryam juga melihat malaikat.

Maka, Samiri yang dapat melihat malaikat , bukanlah satu isyarat bahawa dia dajal!

Demikian pula, sikap Nabi MUsa yang berbeza terhadap Samiri bukanlah kerana takut kepada Samiri atau sebagainya. Ia adalah pendekatan Musa itu membatalkan fitnah yang dibuat Samiri. Samiri dihukum yang hukuman Psikologi yang sebenarnya lebih berat daripada hukuman fizikal. 

Bangsa Bani Israil yang telah hanyut dalam penyembahan patung anak lembu perlu adalah rawatan melalui basirah iaitu melihat bagaimana patung anajk lembu itu dibakar depabn mata mereka dan bagaimana perka bid'ah itu pula dipulau dan diboikot. Ini adalah mekanisma merawat penyakit karam dalam bid'ah. Bunuh bukan penyelesaiannya.

Tidakkah kalian lihat apa jadi kepada pendokong bid'ah boleh tokoh mereka dihukum bunuh atau mati?

Bagaimana agama Druz terus mempertuhankan Al-Hakim Bi Amrillah!

Bagaimana penganut Wehdatul wujud terus menyanjung Hallaj.

Syeikh Siti Jenar tetap dianggap atas jalan kebenaran !

Itu terjadi bileh kepala bid'ah dibunuh. Ia tidak mengubat kerosakan pemikiran. Krisis dalam pemikiran hendaklah diubat dengan ramuan psikologi. Nabi Musa menunjukkan contohnya dalam kes Bid'ah Samiri.


Bacaan: Islamqa