Thursday, October 15, 2026

Kisah Pemuda Murtad -Perbezaan Sumber

Ibn Al-Jauzi (Wafat: 597H) menulis kisah seorang pemuda yang murtad dalam kitabnya Al-Muntazam Fi Tarikhil Umam Wal Muluk. Dalam kisah itu Ibn Al-Jauzi membawa kisah itu secara riwayat yang disandarkan kepada seorang yang bernama ABDAH BIN ABDUL RAHIM. Cerita oleh Abdah bin Abdul Rahim bahawa ketika dia keluar dalam satu misi jihad melawan Rom, ikut bersama seorang pemuda yang yang merupakan ahli ibadat dan hafaz Quran.


Tetapi, Ibn Kathir (Wafat: 774H) yang turut membawa kisah serupa dalam Al-Bidayah Wan Nihayah namun ada sedikit perbezaan yang mencolok. Beliau menyebutkan tahun 278H dan peristiwa wafatnya  Abdah bin Abdul Rahum lalu disebut semoga Allah memburukkan wajahnya. Ibn Kathir merujuk kepada Ibn Al-Jauzi dengan katanya:

ذكر ابن الجوزي أن هذا الشقي كان من المجاهدين كثيرا في بلاد الروم ....


Jika disemak dalam tulisan Ibn Asakir( wafat :571H), dia juga menyebut kisah yang sama. Hanya dia senada dengan Ibn Al-Jauzi iaitu Abdah bin Abdul Rahim adalah perawi cerita. 

Disebutkan bahawa Abdah bin Abdul Rahim itu nama sebenarnya adalah Abu Said Al-Marwazi dan seornag perawi yang tsiqah dan meriwayatkan daripada Waki' bin Al-Jarrah

Demikian Imam Az-Zahabi (wafat: 748H)  dalam kitab Tarikhul Islam menyebutkan kisah itu dan dapat difahami bahawa Abdah bin Abdul Rahim adalah perawi kisah, bukan pemdua yang murtad.

Bagi yang mengkaji perbezaan teks dalam Al-Bidayah dengan teks-teks pendahulunya, khususnya sebagaimana dalam Al-Muntazam oleh Ibn Al-Jauzi, kesalahan penulisan adalah daripada penceritaan dalam Al-Bidayah. Ia bukan muktamad untuk mengatakan Ibn Kathir salah faham ketika merujukkkan kisahnya dengan Al-Muntazam. Kesilapan mungkin terjadi dalam mencetak naskhah al-Biayah. Beberapa versi Al-Biayah yang disemak, ada perbezaan antara satu sama lain. 

Naskhah Al-Bidayah Wan Nihayah yang menyelesaikan persoalan ini adalah yang ditahqiq oleh Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki, cetakan Dar Hijr. Dalam naskhah ini, disebutkan pembetulan bahawa bukan Abdah bin Abdul Rahim yang murtad tetapi pemuda yang ikut serta dalam misi jihad itu dan namanya tidak dinayatakan.

Dua kemungkinan:

1) Kemungkinan Ibn Kathir tersilap meriwayatkan kisah. Kalau ini terjadi, ketahuilah bahawa Ibn Kathir adalah manusia yang boleh betul dan salah.

2) Ibn Kathir tak silap, tapi orang yang menyemak mahktutat Al-Bidayah lalu membuat tansikh yang silap.


Satu hal lagi yang menimbulkan kemusykilan ialah perbezaan dalam menyebutkan tahun wafatnya orang yang bernama Abdah bin Abdul Rahim itu, Ibn Kathir dalam Al-Bidaha sebut wafatnya tahun 278H. Imam Az-Zahabi sebut wafatnya antara tahun 241h-250H. Ibn Manzur  dalam Mukhtasor tarikh Damsyiq pula sebut tahun wafatnya Abdah 244H( 34 tahun beza denagn tahun yang disebut Ibn Kathir).

Semua kemusykilan , tentang watak dalam cerita dan tarikh wafatnya Abdah, kita lihat ia sebagai isu akademik. ia terbuka kepada perbincangan dan bukan menyalahkan tokoh yang meriwayatkan. Kesilapan adalah lumrah manusia walau sebesar mana keilmuannya. Ia bukan celaan. Ia adalah bukti manusiawi.


Rujuk: elibana.org, djelfa.com










No comments:

Post a Comment