Dalam Saheh Muslim diesebutkan sebuah hadis:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى، فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ memohon hujan, lalu Baginda mengisyaratkan dengan bahagian belakang kedua-dua tangannya ke arah langit.
Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab Solat Istisqa', hadis no. 895
Imam Nawawi dalah Syarah Saheh Muslim menyebutkan:
Daripada Malik bin Yasar رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ بِبُطُونِ أَكُفِّكُمْ، وَلَا تَسْأَلُوهُ بِظُهُورِهَا.
Maksudnya:
Apabila kamu meminta kepada Allah, mintalah kepada-Nya dengan bahagian dalam tapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta dengan bahagian belakangnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud, no. 1486. Sebahagian ahli hadis menilainya sebagai hadis yang baik (hasan), dan terdapat penilaian yang menyatakan sanadnya baik serta mempunyai beberapa jalur sokongan.
dalam kitab ‘Awn al-Ma‘bud, syarah kepada Sunan Abi Dawud, Al-Tibi menjelaskan riwayat istisqa' dengan tafsiran berikut:
وَمَعْنَاهُ أَنَّهُ رَفَعَ يَدَيْهِ رَفْعًا بَلِيغًا حَتَّى ظَهَرَ بَيَاضُ إِبْطِهِ وَصَارَتْ كَفَّاهُ مُحَاذِيَيْنِ لِرَأْسِهِ
Maksudnya:
“Maknanya, Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dengan begitu tinggi sehingga kelihatan putih kedua-dua ketiaknya, dan kedua-dua tapak tangannya berada sejajar dengan kepalanya.”
Sumber: ‘Awn al-Ma‘bud, Kitab al-Salah, Bab al-Du‘a'.
No comments:
Post a Comment