Nasab Nabi Muhammad SAW adalah seperti berikut:
Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.
Selepas Adnan para ahli Nasab berbeza pandangan. Sesetengah ulama melarang menyambung nasab Nabi SAW atas daripada Adnan kerana tidak ada satu pun yang saheh sebagai mana ditegaskan juga oleh Imam An-Nawawi dalam Sayarah Saheh Muslim.
Dalam riwayat,dikatakan Nabi SAW bersabda:
لا تجاوزوا معد بن عدنان كذب النسابون
"Jangan melewati silsilah atas daripada Ma'ad bin Adnan. Ahli Nasab telah berdusta!"
Jika anda dengar ada Pak Ustaz yang memandai-mandai menyambung Nasab Nabi SAW di atas daripada Adnan, maka dia termakan dengan pendustaan Ahli Nasab. Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik ditanya mengenai sambungan Nasab di atas Adnan, maka dia mengengkarinya. Apalagui kalau disambungkan sampai kepada nabi Adam.
Allah berfirman dalam ayat 9, Surah Ibrahim:
أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ ۛ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ ۛ لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّهُ
Cuma, Imam Bukhari dan sebahagian ulama mengharuskannya dan itu dilihat sebagai isyarat Bukahari bahawa lemahnya hadis yang yang melarangnya.
Dalam Sunan Al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda:
أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيم بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان بن أد بن أود بن الهميسع بن يشجب بن نبت بن جميل بن قيدار بن إسماعيل بن إبراهيم بن تارح بن ناحور بن أشوع بن أرعوش بن فالخ بن عابر وهو هو والنبي صلى الله عليه وسلم بن شالخ بن ارفخشد بن سام بن نوح بن لمك بن متوشلخ بن أخنوخ وهو إدريس بن أزد بن قينان بن أنوش بن شيث بن آدم .
Namun, nasab saheh nabi SAW hanya terhenti pada Adnan. Di atas daripada Adnan, rantaiannya adalah tidak saheh.
No comments:
Post a Comment