Friday, January 23, 2026

Alaihis Salam

 Sebutan Alaihissalam telah menjadi syiar para Ahlul Bid'ah di kalangan Syiah Rafidhah. Mereka menyebutkan Ali Alihissalam. Mengikut Imam An-Nawawi sebagaimana beliua nukilkan dalam Al-Azkar, perkataan Al-Juwaini, bahawa As-Salam itu sama maknanya dengan As-Solatu. ia tidak harus digunakan untuk ornag yan g ghaib( tiada di depan kita) dan tidak boleh digunakan untuk seseorang secara sola selain para Nabi. Tidak harus dikatakan Ali Alaihissalam. Tidak boleh untuk yang hidup atau yamng mati. Bagi yang Hadhir( Ada di depan kita) bolehlah dikatakan As-Salamu alaikum!

Tidak harus bukan bermaksud haram, tetapi makruh.





Maksud "salamun 'ala ilyasin"

 Firman Allah SAW:

سَلَامٌ عَلَىٰ إِلْ يَاسِينَ

Selamatlah atas Ilyasin

Surah As-Soffat: 130

Ada dua cara ayat di atas.

1) Qiraat Orang Madinah dan Orang Syami- Potongan "Al" -jadi "Al Yasin": Maka mereka menafsirkan ia sebagai keluarga Muhammad kerana Yasin adalahs alah satu nama Nabi Muhammad. Di katakan juga ia merujuk kepada keluarga Nabi Ilyas. 

Golongan Syiah mengatakan inilah Qiraat Ahlul Bait.

2) Qiraat membaca sambungan maka dibaca "ilyasin"-maka ia merujuk kepada Nabi Ilyas. diidafatkan kepadanya Nun sama halnya dengan Idarisin



Yang Rajih, maskud Il Yasin adalah merujuk kepada Nabi Ilyas. Ini difahami berdasarkan Susunan ayat (Siyaq) yang menceritakan tentang nabi Ilyas bermula ayat 123. Lalu apabila sampai ayat 130, kalimah Il yasin itu tentulah merujuk kepada Nabi Ilyas yang diceritakan sebelumnya.

Qiraat Jumhur menyebut Ilyasin dengan wasal. Ia dari sudut bahasa merujuk batang tuibuh nabi Ilyas itu sendiri. Sama seperti apabila disebut Idrisin, merujuk kepada nabi Idris. Ini adalah style bahasa Arab.

Ismail jadi Isma'in
Jibril jadi Jibrin
Mikail jadi Mika'in

Al-Farra' kata ia membawa maksud jama' (Plural)- Maka Ilyasin merujuk kepada ramai. Nabi Ilyas dan para pengikuitnya. Ia sama seperti kata nama lain -Asy'arin, A'jamin, 

Menafsirkannya sebagai Keluarga Nabi Muhammad adalah tafsiran yang jauh kerana siyaq ayat sebelumnya dan selepasnya tidak menjurus ke arah itu. Inilah yang dikatakan oleh Al-Wahidi.  Riwayat Al-Kalbi dan disebut oleh As-Syaukani yang mengatakan il yasin itu merjuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ini jauh. 

Imam Qurtubi menukilkan qaul yang disebutkan oleh Al-kalbi itu dan beliau menkritiknya.

Dalam Harf (Qirat) Abdullah bin Mas'ud ia menyebutkan ditempat Ilyas itu Idris. Dan dia menulis Ilyasin sebagai Idrisin. Baca: (Maksud Harf Ibn Mas'ud)

Friday, November 14, 2025

Makmujm masbuk hanya sempat tahiyyat akhir

 Masalah makmum masbuk hanya sempat duduk tahiyat akhir bersama imam. Khilaf:-

1) Makmum tidka dapat pahala solat berjemaah.

2) Sah menjadi imam bagi yang lain, yakni jika datang orang lain mengikutinya, maka dia boleh hadi imam.

3) Ulang solat semula dengan jemaah baru. Solat pertama itu hukumnya solat seorang.

4) Dian tidak boleh ikut beri salam bersama imam atau orang yang dia ikuti di sebelah kirinya.

5) Dia bangkit dengan bertakbir semula (ihram) selepas imam bagi salam

6) Jika imam ada buat sujud sahwi, dia tidak harus ikut kerana dia bukan makmuim sebenar.


Pandangan -pandangan di atas diambil dari sumber mazhab Maliki.


Imam Nawawi dalam Syarah Al-Muhazzab mengatakan makmum yang masuk solat semasa imam berada di tahiyyat akhir, dapat solat berjemaah tetapi pahalanya tak sama dengan ornag yang ikut dari mula.

Ada kalangan yang berdalilkan hadis:

من أدرك ركعة من الصلاة، فقد أدرك الصلاة

Maka, dalam kes makmum hanya sempat duduk tahiyyat akhir bersama imam, dia tidak dapat pahala jemaah. Mazhab Maliki pegang pandangan ini. Mereka juga kiaskan dengan kes solat dihujung waktu. Kalau sempat satu rakaat dalam waktu, kira sahlah solat tuy. Kalau elok-elok takbir sahaja, tiba-tiba azan masuk waktu berikutnya, kira tak dapatlah solat dalam waktu.

Dalam kes solat jumaat pun ada khilaf.

Ada pandangan kata jika dapat duduk tahiyyat akhir bersama imam, dapat solat jumaat. Pandangan ini digunakan dalam mazhab Abu Hanifah.

Ada kata kalau nak dapat solat jumaat, sekurangnya dapat rukuk bersama imam satu rakaat.

Ada pula yang bezakan antara solat jumaat dengan solat fardhun yang lain. Yakni solat jumaat mesti dapat satu rakaat, baru boleh sambung jadi jumaat. Kalau tak, zohorlah jawabnya. Solat fardhu yang lain , tak apa. Dapat tahiyyat pun dikira dah berjemaah.

Jadi, pandangan mana nak diamabil?

Aku rasa nak pegang bahawa siapa yang dapat duduk tahiyyat sahaja bersama imam, solatnya sah tapi tak dapat pahala jemaah. Pandangan ini pandangan Mazhab Malik.Bukan pandangan mazhab Syafie dan Ahmad. Syafie dan Ahmad sama macam Malik dalam kes solat jumaat aja. Dalam kes solat lain, pengikut duia mazhab ini mentarjihkan pandangan mazhab Abu Hanifah. Abu Hanifah kata dapat satu rakaat, dapatlah pahala jemaah. Tak kiralah, solat fardhu biasa atau jumaat. Cuma mazhab Syafie bezakan antara jemaat dengan yang lain.

Lalu, kalau dapat satu rakaat sahaja, sunatlah solat berjemaah lain jika ada selepas itu sebab nak dapat pahala jemaah. Ini ikut Mazhab Maliki.





Takbir intiqalat makmum masbuq

 Masalah makmum Masbuk.

Bila Makmum masbuk bertakbiratul ihram sedangkan imam tengah sujud, maka hendaklah makmum itu turun sujud. Timbul khilaf kalangan ulama , apakah perlu makmum itu mengucapkan takbir intiqalat.

Kalangan ulama ada yang mengatakan makmum itu hendaklah takbir intiqalat jika imamnya tengah rukuk atau suyjud tetapi tidak ucapkan takbir intiqalat jika imamnya tengah duduk.

Ada kalangan ulama yang mengatakan tidak perlu takbir intiqalat kecuali jika imam tengah rukuk, Kalau imam tengah sujud, iktidal, duduk antara dua sujud atau tahiyyat....TAK PERLU takbir intiqalat. Ini adalah pandangan MAZHAB SYAFIE. Disebutkan oleh Khatib As-Syarbini dalam Mughni Al-Muhtaj:


( و) الأصح ( أن من أدركه) أي الإمام ( في السجدة) من سجدتي الصلاة أو جلوس بينهما أو تشهد أول أو ثان ( لم يكبر للانتقال إليها ) أي السجدة ولا إلى ما ذكر معها، لأن ذلك غير محسوب له ولا موافقته للإمام في الانتقال إليه، بخلاف الركوع فإنه محسوب له وبخلاف ما إذا انتقل بعد ذلك مع الإمام من السجود أو غيره فإنه يكبر موافقة للإمام في الانتقال إليه.

Mafhum dari kata Khatib adalah makmum masbuk tidak perlu takbir intiqalat jika imam tengah berada dalam posisi sujud atau duduk. Buat apa nak takbir itiqalat kerana posisi itu tidak diperolehi oleh makmum. Lain halnya jika imam tengah rukuk. Makmum takbir intiqalat kerana rukuk itu dikira dapat oleh makmum. Adapun selepas sujud, makmum itu takbirlah intiqalat mengikut imam walau pun sujud itu dia tidak dapat dalam solatnya.

Monday, September 15, 2025

WUDUK SELEPAS MANDI JUNUB

 Perkara dikhilafkan di kalangan  fuqaha.

Ada pandangan menyatakan bahawa mandi junub itu mengangkat hadas besar dan kecil. Maka tidak perlu lagi mengambil wuduk selepas mandi. Mandi itu itu sudah cukup dan boleh melaksanakan solat selepasnya tanpa pelu berwuduk semula. 

Pandangan ini berdalilkan hadis yang diriwayatkan Ibn Majah (No 579):

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ:كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ


Namun, seharusnya hadis ini dibaca bersama hadis mengenai sifat manji janabah Rasulullah SAW . Walaupun mengatakan cukup dengan mandi janabah itu untuk menggantikan wuduk, Syeikh Bin Baz sendiri mengatakan lebih sempurna kalau mandi junub sebagaimana perlakuan Rasulullah SAW iaitu memulakan dengan membasuh kemaluan  dan sekitarnya dan dikuti dengan mengambil wuduk solat. Selepas itu barulah baginda mandi dengan meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat mengangkat hadas besar. 

Kalau nak memadai dengan mandi sahaja tanpa wuduk selepasnya untuk solat, maka sebaiknya lakukan sebagaimana Rasulullah lakukan.

Rujuk fatwa: Fatwa Bin Baz

Dalam Mazhab Syafie juga ada pandangan membolehkan mandi janabah itu mengangkat hadas kecil sekali. Al-Mawardi dalam Al-Hawi Al-Kabir (Juz 1, Ms 95) menyebutkan: 

فلو كان به حدثان أصغر وأكبر فاغتسل فنوى رفع الحدث  فقد اختلف أصحابنا في الحدث الأصغر هل يسقط حكمه بالحدث الأكبر ؟ على وجهين :

أحدهما : قد سقط حكمه ، فعلى هذا يجزئه غسله عن حدثه الأكبر .

والوجه الثاني : أنه لا يسقط حدثه الأصغر ، فعلى هذا لا يجزئه غسله من واحد من الحدثين لامتيازهما ، وإن أطلق النية يحتمل التشريك بينهما ، فلو عين النية فنوى غسل ص: 95 ] الجنابة أو كانت امرأة فنوت غسل الحيض أجزأهما ذلك ، فلو كان جنبا فنوى رفع الحدث الأصغر  لم يجزه ، وإن كان محدثا فنوى رفع الحدث الأكبر  أجزأه ، لأنه يصح أن يرفع الأدنى بالأعلى ، ولا يصح أن يرفع الأعلى بالأدنى .


Secara peribadi saya rasa lebih tenang untuk mengambil wuduk semula selepas mandi janabah. Sungguhpun ada pandangan menyebutkan tak perlu, timbul syubhat untuk memastikan tidak berlakunya hadas kecil semasa mandi junub seperti kencing atau sentuh kemaluan. Jika boleh jaga tertib mandi junub seperti nabi iaiotu bash kemaluan dulu, kemudian wuduk dan setelah itu baru mandi, maka bolehlah untuk tak berwuduk lagi. Kalau tidak , baik berwuduk semula.


Catatan hukum:

Hukum sentuh zakar atau faraj, adakah batal wuduk.

Maksud sentuh itu adalah tidak berlapik. Kalau berlapik, tiada isu.

Masalah ini ada khilaf kalangan fuqaha. Ada 3 pandangan:

  1. Pandangan Syafie: Batal
  2. Pandangan Abu Hanifah: Tidak Batal
  3. Pandangan Ahmad dan Malik: Batal wuduk kalau sentuh dengan syahwat.

Maka mengikut pandangan Jumhur ulama. dalam kes seperti ibu menyentuh zakar atau waraj anaknya ketika menyucikan najis mereka, tukar lampin dan seumpamanya, ia tidak membatalkan wuduk. Ini pandangan Hambali dan juga Maliki. Di tambah pula pandangan Hanafi yang mengatakan tidka batal sama sekali. Mazhab syafie sahaja kata batal wuduk, namun itupun kalau sentuh dengan tapak tangan. Kalau sentuh dengan belakang tangan, tak batal wuduk.




















Thursday, September 4, 2025

Makmum mendahului Imam dalam solat berjemaah

 Masa solat berjemaah, kekadang makmum mendahului imam dalam pergerakannya. Apakah hukumnya?

Para fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini.  Namun tulisan ini akan menfokuskan kepada padangan dalam feqah syafie.

Pada dasarnya telah disebutkan dalam hadis mengenai hall ini yang duifahamkan jumhur mengenai batlnya solat jika makmun mendahuklui imam.

أيها الناس، إنى إمامكم فلا تسبقونى بالركوع ولا بالسجود ولا بالقيام ولا بالقعود ولا بالانصراف

(hadis riwayat Ahmad dan juga Muslim)

Demikian disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim (Muttafaq Alaih) satu hadis:

(إنما جعل الإمام ليؤتم به، فلا تختلفوا عليه، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا، وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا: اللهم ربنا لك الحمد، وإذا سجد فاسجدوا..)

Dalam Mazhab Syafie, makmum mendahului imam tanpa uzur dua rukun fi'li, baru batal solatnya.

قال في المنهاج في الفقه الشافعي: ولو تقدم بفعل كركوع وسجود إن كان بركنين بطلت، وإلا فلا، وقيل: تبطل بركن. 


قال الشربيني في مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج: وإلا بأن كان التقدم بأقل من ركنين سواء أكان بركن أم بأقل أم بأكثر (فلا) تبطل صلاته لقلة المخالفة ولو تعمد السبق به لأنه يسير كعكسه، وله انتظاره فيما سبقه به كأن ركع قبله، والرجوع إليه مستحب ليركع معه إن تعمد السبق جبراً لما فاته، فإن سها به تخير بين الانتظار والعود، والسبق بركن عمداً -كأن ركع ورفع والإمام قائم- حرام لخبر مسلم: لا تبادروا الإمام: إذا كبر فكبروا وإذا ركع فاركعوا. وفي رواية صحيحة رواها الشيخان: أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل رأس الإمام أن يحول الله رأسه رأس حمار


Mendahului imam dalam rukun feeli dengan sengaja tidak membatalkan solat di sisi mazhab 4. Mazhab Ibn Hazmin Az-Zahari kata batal.

Cuma dalam mazhab hambali, perbuatan itu dibilang sebagai dosa dan makmum itu wajib kembali lakukan rukun yang dia buat mendahuli imam itu semula selepas imamnya. Jika tidak buat demikian, barulah hukumnya batal solat itu.


* Di sisi Mazhab Syafie, bila makmum mendahului imam dua rukun feeli, sama ada sengaja ataui tidak, batallah solatnya.
* Jika mendahului imam satu rukun, tidak batal solat namun sunat ia kembali  jika sengaja mendahului. Jika tidak sengaja, maka diberi pilihan  samada untuk kekal atau kembali kepada rukun yang sedang imam berada.

Rujuk Fathul Mu'in bi Syarh Qurrratul Ain Bi Muhimmati Ad-din  oleh Zainuddin Ma'bari

( Zainuddin Ma'bari/ Malibari adalah seorang ulama feqah Syafie berasald dari tanah India selatan iaitu daerah Malibari. Nama penuhnya ialah Abu Yahya Zainuddin bin Ali bin Ahmad Al-Ma'bari Al-Malibari. Beliau lahir pada tahun 872H dan wafat tahun 928H bersamaan tahun Masihi 1467 dan 1522)
-Inggeris mula tiba di India pada tahun 1608.






Thursday, August 21, 2025

Makna ayat " وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ "

Firman Allah mengenai Nabi Allah Isa A.s:

وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ


" Kami perkuatkannya dengan Ruhul Qudus"

Tafsiran paling masyhur dan tepat mengenai maksud Ar-Ruh adalah Malaikat Jibrail. Ia adalah nama timangan bagi Jibrail. Dalil Al-Quran dan hadis banyak mengarahkan ke arah maksud tafsiran itu seperti firman Allah SWT:


نزل به الروح الأمين على قلبك لتكون من المنذرين 
(Surah As-Syu'araa: 193-192)

Pendapat Ibn Abi Najih menafsirkan kata "Ar-Ruh" sebagai sejenis malaikat yang berperanan sebagai Hafazoh bagi para malaikat.

Ada lagi pandangan lain yang menyebujtkan tentang makna Ar-Ruh itu yang tidak perluy disebutkan di sini.

Kita angkat pandangan yang mengatakan maksud Ar-Ruh adalah Malaikat Jibrail.  Inilah erti yang kita war-warkan kepada orang ramai. Kita sebutkan dalam kuliah-kuliah tafsir yang berbentuk sepintas lalu.

Apabila Allah mengatakan bahawa Dia memperkuatkan nabi Isa dengan Ruhul Qudus, maka ertinya Malaikat Jibrail dikirimkan kepada nabi Isa untuk memperkuatkannya.

Kalimah Al-Qudus adalah merujuk kepada Allah. Ruh Al-Qudus ertinya Ruhullah kerana Al-Qudus itu hanya Allah SWT.

Demikian disebutkan Al-Mawardi dalam tafsirnya.

Kata beliau, perteguhkan dan perkuatkan itu berlaku dalam dua hal:

a) Allah memperteguhkan urusan agama Nabi Isa. (ta'yid ruhi)
b) Allah menolongnya jadi kuat berdepan dengan kezaliman Yahudi( Ta'yid Jismi)


Rasulullah SAW pernah berdoa untuk Hasan bin Tsabit, sahabat nabi yang meledeni dunia kepenyairan:
اللهم أيد حسان بروح القدس كما نافح عن نبيك 

" Ya Allah, perkuatkan Hasan dengan Ruhul Qudus sebagaimana dia (Hasan ) mempertahankan nabiMu".
(Hadis Hasan dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Abu Daud dan Abu Ya'la)

Inilah adalah hal yang ghaib. Bagaimana Jibrail hadir memperkuatkan seseorang, adalah suatu yang kita tidak tahu kaifiyatnya.Namun, jibrail berperanan menjadi peneguh, pembela dan pembantu bagi mereka yang berjuang untuk agama Allah. Dengan kata lain, selain tugasnya menyampaikan wahyu, peranan malaikat Jibrail adalah menjadi Mu'ayyid bagi mereka yang Allah pilih untuk ditolong!