Saturday, October 15, 2022

NABI IDRIS DAN ADAM

Ibn Kathir menyebutkan dalam Qisasul Ambiyaa, bahawa Idris adalah nabi terawal selepas Adam dan Syith. Dia adalah termasuk leluhur nabi Muhammad SAW dan merupakan manusia pertama yang menulis dengan Al-Qolam. Dia sempat hidup sezaman dengan Adam selama 308 tahun.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Sulami, nabi SAW bersabda:

إنه كان نبى يخط به، فمن وافق خطه فذاك



"Sesungguhnya ada seorang nabi yang menulis di atas pasir, sesiapa yang menepati tulisan, maka itulah yang berlaku"



Sebahagian ulama menafsirkan bahawa nabi yang dimaksudkan itu adalah Idris.

No comments:

Post a Comment