Apakah boleh pada seekor binatang korban diniatkankan korban dan juga Aqiqah oleh pesertanya.
Maka, perkara ini adalah khilaf pandangan kalangan ulama.
Pandangan Pertama: Tidak sah kurban yang dilakukan beserta akikah.
Pandangan ini adalah pandangan Mazhab Maliki, Syafie dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad.Mereka beralasan bahawa kedua-dua jenis sembelihan itu berbeza sebab. Sebagaimana sembelihan kerana haji tamattu' dan sembelihan kerana dam fidyah tidak boleh disamakan dalam seekor sembelihan, maka demikianlah korban dan akikah.
Pandangan Kedua: Sah korban yang dilakukan pada satu sembelihan bersama dengan akikah.
Pandangan ini adalah pandangan Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin, Qotadah, Hisyam dari kalangan Tabi'in serrta salah satu riwayat dalam Mazhab Imam Ahmad, pandangan Hanafi dan segolongan ahli imu. Kes ini disamakan dengan kes apabila behimpunnya Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri pada satu hari Jumaat, maka memadai salah satunya.
No comments:
Post a Comment