Saturday, June 22, 2024

Takbir Solat Jenazah lebih daripada 4 kali

 Kalau kita solat jenazah, tiba-tiba imam takbir lebih daripada 4 kali, apakah kita harus mengikutinya?

Jawa[annya, kita ikut imam bertakbir walau lebih daripada 4 kali.

Empat kali takbir dalam solat jenazah adalah pandangan jumhur ulama. 4 Mazhab kata takbir 4 kali.

Namun ada riwayat bahawa nabi Solat jenazah dengan takbir lebih daripada 4 kali  sebagaimana riwayat Ibn Abdul Bar dalam Al-Istizkar, dengan jalan sanad melalui Abu Bakar bin Sulaiman. Nabi takbir dalam solat jenazah lima kali, tujuh kali dan lapan kali. Hinggalah bila sampai kepada baginda berita kematian Najasyi, maka baginda keluar ke lapangan dan para sahabat buat saf di belakangnya, nabi Solat Jenazah Najasyi secara ghaib dengan 4 kali takbir. Maka 4 Kali takbir jadi amalan nabi SAW sehinggalah baginda wafat.

Boleh solat jenazah dengan bilangan takbir lebih daripada 4 kali hingga 9 kali.  Semuanya ada dalil sunnah. Namun 4 kali dadasarkan kepada dalil yang paling kuat. 

Makmum jika mengikut imam dan imam melebihkan takbirnya daripada 4, maka ikut sahaja. Tidak ada masalah ttg keabsahan solat.

Dinamakan ikhtilaf ini sebagai ikhtilaf tanawwu'.

Istaqarrul amru di kalangan mazhab yang 4 bahawa takbir solat jenazah 4 kali. 

Hanya di kalangan salaf ada qaul yang berbagai.

Penetapan para ulama mazhab yang 4 didasarkan kepada riwayat yang menyebutkan bahawa di zaman Umar telah dibincangkan ttg jumlah takbir itu dan dibuat keputusan bahawa 4 takbir adalah yang disepakati utk diamalkan.

Adapun jumlah salam dalam solat jenazah, yang driwayatkan dari ramai salaf adalah 1 kali. Ibn Mubarak mencela salam 2 kali sebagai perbuatan orang jahil.

Namun mazhab Syafie mensunnatkan 2 kali kerana qias dengan solat yang lain. Inilah yang disebutkan oleh Al-Qadhi ( baqilani)


Monday, June 17, 2024

Nasab Nabi SAW dia atas Adnan.

 Nasab Nabi Muhammad SAW adalah seperti berikut:

Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.


Selepas Adnan para ahli Nasab berbeza pandangan. Sesetengah ulama melarang menyambung nasab Nabi SAW atas daripada Adnan kerana tidak ada satu pun yang saheh sebagai mana ditegaskan juga oleh Imam An-Nawawi dalam Sayarah Saheh Muslim.

Dalam riwayat,dikatakan Nabi SAW bersabda:

لا تجاوزوا معد بن عدنان كذب النسابون

"Jangan melewati silsilah atas daripada Ma'ad bin Adnan. Ahli Nasab telah berdusta!"

Jika anda dengar ada Pak Ustaz yang memandai-mandai menyambung Nasab Nabi SAW di atas daripada Adnan, maka dia termakan dengan pendustaan Ahli Nasab. Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik ditanya mengenai sambungan Nasab di atas Adnan, maka dia mengengkarinya. Apalagui kalau disambungkan sampai kepada nabi Adam.

Allah berfirman dalam ayat 9, Surah Ibrahim:

أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ ۛ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ ۛ لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّهُ


Cuma, Imam Bukhari dan sebahagian ulama mengharuskannya dan itu dilihat sebagai isyarat Bukahari bahawa lemahnya hadis yang yang melarangnya.

Dalam Sunan Al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda:

أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤي بن غالب بن فهر بن مالك بن النضر بن كنانة بن خزيم بن مدركة بن إلياس بن مضر بن نزار بن معد بن عدنان بن أد بن أود بن الهميسع بن يشجب بن نبت بن جميل بن قيدار بن إسماعيل بن إبراهيم بن تارح بن ناحور بن أشوع بن أرعوش بن فالخ بن عابر وهو هو والنبي صلى الله عليه وسلم بن شالخ بن ارفخشد بن سام بن نوح بن لمك بن متوشلخ بن أخنوخ وهو إدريس بن أزد بن قينان بن أنوش بن شيث بن آدم .


Namun, nasab saheh nabi SAW hanya terhenti pada Adnan. Di atas daripada Adnan, rantaiannya adalah tidak saheh.

Sunday, June 16, 2024

DOA KETIKA KORBAN

 Disunatkan ketika korban membacakan:


اللهم منك وإليك، إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين

Disebutkan dalam hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya daripada shabat Jabir bin Abdillah, bahawa Nabi SAW ketika korban membacakan


إني وَجَّهْتُ وَجْهِيَ للذي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صلاتي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ عَنْ مُحَمَّدٍ وَأُمَّتِهِ






Pandangan Ulama mengenai menggabungkan Korban dan Aqiqah

Apakah boleh pada seekor binatang korban diniatkankan korban dan juga Aqiqah oleh pesertanya.

Maka, perkara ini adalah khilaf pandangan kalangan ulama.

Pandangan Pertama: Tidak sah kurban yang dilakukan beserta akikah.

Pandangan ini adalah pandangan Mazhab Maliki, Syafie dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad.Mereka beralasan bahawa kedua-dua jenis sembelihan itu berbeza sebab. Sebagaimana sembelihan kerana haji tamattu' dan sembelihan  kerana dam fidyah tidak boleh disamakan dalam seekor sembelihan, maka demikianlah korban dan akikah.


Pandangan Kedua: Sah korban yang dilakukan pada satu sembelihan bersama dengan akikah.

Pandangan ini  adalah pandangan Hasan Al-Basri, Muhammad bin Sirin, Qotadah, Hisyam dari kalangan Tabi'in serrta salah satu riwayat dalam Mazhab Imam Ahmad, pandangan Hanafi dan segolongan ahli imu. Kes ini disamakan dengan kes apabila behimpunnya Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri pada satu hari Jumaat, maka memadai salah satunya.