Saturday, June 22, 2024

Takbir Solat Jenazah lebih daripada 4 kali

 Kalau kita solat jenazah, tiba-tiba imam takbir lebih daripada 4 kali, apakah kita harus mengikutinya?

Jawa[annya, kita ikut imam bertakbir walau lebih daripada 4 kali.

Empat kali takbir dalam solat jenazah adalah pandangan jumhur ulama. 4 Mazhab kata takbir 4 kali.

Namun ada riwayat bahawa nabi Solat jenazah dengan takbir lebih daripada 4 kali  sebagaimana riwayat Ibn Abdul Bar dalam Al-Istizkar, dengan jalan sanad melalui Abu Bakar bin Sulaiman. Nabi takbir dalam solat jenazah lima kali, tujuh kali dan lapan kali. Hinggalah bila sampai kepada baginda berita kematian Najasyi, maka baginda keluar ke lapangan dan para sahabat buat saf di belakangnya, nabi Solat Jenazah Najasyi secara ghaib dengan 4 kali takbir. Maka 4 Kali takbir jadi amalan nabi SAW sehinggalah baginda wafat.

Boleh solat jenazah dengan bilangan takbir lebih daripada 4 kali hingga 9 kali.  Semuanya ada dalil sunnah. Namun 4 kali dadasarkan kepada dalil yang paling kuat. 

Makmum jika mengikut imam dan imam melebihkan takbirnya daripada 4, maka ikut sahaja. Tidak ada masalah ttg keabsahan solat.

Dinamakan ikhtilaf ini sebagai ikhtilaf tanawwu'.

Istaqarrul amru di kalangan mazhab yang 4 bahawa takbir solat jenazah 4 kali. 

Hanya di kalangan salaf ada qaul yang berbagai.

Penetapan para ulama mazhab yang 4 didasarkan kepada riwayat yang menyebutkan bahawa di zaman Umar telah dibincangkan ttg jumlah takbir itu dan dibuat keputusan bahawa 4 takbir adalah yang disepakati utk diamalkan.

Adapun jumlah salam dalam solat jenazah, yang driwayatkan dari ramai salaf adalah 1 kali. Ibn Mubarak mencela salam 2 kali sebagai perbuatan orang jahil.

Namun mazhab Syafie mensunnatkan 2 kali kerana qias dengan solat yang lain. Inilah yang disebutkan oleh Al-Qadhi ( baqilani)


No comments:

Post a Comment