Wednesday, September 11, 2024

Syarat Jamak Taqdim

 Merujuk Feqah Syafie seperti yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Minhaju At-Talibin Wa Umdatul Muftin oleh Imam An-Nawawi:

Syarat Jamak Taqdim itu ada 3 iaitu:

1) Mulakan dengan solat pertama dulu. Jika berlaku batalnya solat pertama sedangkan kedua-dua solat itu telah didirikan, maka batallah kedua-duanya disebabkan batal yang pertama. Umpamanya seseorang jamak Zohor dan Asar lalu ketika solat Zohor natalah waktunya belum masuk. Ketika solat Asar , waktu sudah masuk. Kerana Solat Zohor tidak sah, maka Asar juga tidak sah. Lalu, kedua-duanya tidak sah. Kena buat semula.


2) Hendaklah berniat Jamak dalam solat pertama. Waktu niat boleh pada mana-mana masa sementara dalam solat. Awalnya, tengahnya atau akhirnya sebelum salam. Namun, niat ketika pertengahan solat adalah yang paling kuat.


3) Hendaklah muwalat (berturut-turut antara dua solat) Tidak boleh bercerai keduanya dalam tempoh masa yang lama. Jika tidak berturut-turut sekalipun kerana uzur, maka solat kedua wajib ditunaikan dalam waktunya. Tiak mengapa jika ada senaggangan masa yang sedikit menurut adat 


Orang yang bertayammum boleh jamak.


Rujuk: Syamilah

No comments:

Post a Comment