Tuesday, October 22, 2024

Siapakah Nabi yang bercakap dengan Allah?

Bukan semua nabi dan rasul yang boleh bercakap dengan Allah. Berdasarkan nas, ada 3 nabi yang bercakap Allah iaitu:

1) Nabi Adam

2) Nabi Musa 

3) Nabi Muhammad SAW.

 Allah menegaskan dalam Al-Quran menerusi firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 253:

تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ 


Bercakapnya Allah dengan Adam tsabit dalam hadis riwayat Ibn Hibban dalam Sahehnya, daripada Abu Umamah. tatkala Rasulullah ditanya oleh seornag sahabatnya apakah Adam itu nabi, baginda menjawab dengan mengatakan:

 نَعَمْ مُكَلَّمٌ 



Adapun Nabi Musa, jelaslah dalam ayat Quran menyatakan demikian. Beberapa ayat Quan di pelbagai tempat menyatakan demikian. Antara disebutkan dalam Surah An-Nisaa, ayat 164:


وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا


Sehingga demikian Nabi Musa digelar sebagai Kalimullah. Itu kerana hanya dia sahaja yang Allah bercakap dengannya di bumi Demikian dinyatakan alasannya oleh Syeikh Abdurrahman Al-mahmud dalam tafsirnya Taysir Lam'atul I'tiqad (Ms 152).

Nabi Muhammad pula bercakap dengan Allah SWT dan ini dapat difahami menerusi hadis Israk dan Mikraj yang terdapat dalam Saheh Bukharid an Muslim. Sabda Nabi Muhammad SAW:


فَرَجَعْتُ فَمَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ : بِمَا أُمِرْتَ ؟ قَالَ : أُمِرْتُ بِخَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ ، قَالَ : إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي وَاللَّهِ قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ ، فَرَجَعْتُ ، فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا ، فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ ... فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ قَالَ : سَأَلْتُ رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ وَلَكِنِّي أَرْضَى وَأُسَلِّمُ






No comments:

Post a Comment