Puasa Wisol adalah puasa yang bersambung seelpas jatuh matahari ke malamnya dan esok harinya. Mungkin puasa itu dua hari atau lebih baru berbuka. Pokoknya sambunglah. Nak berapa hari? Seminggu kalau mampu. Tak buka langsung? Itulah Puasa Wisol!
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ:
لَا تُوَاصِلُوا، فَأَيُّكُمْ أَرَادَ أَنْ يُوَاصِلَ فَلْيُوَاصِلْ حَتَّى السَّحَرِ
قَالُوا: فَإِنَّكَ تُوَاصِلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟
قَالَ: إِنِّي لَسْتُ كَهَيْئَتِكُمْ، إِنِّي أَبِيتُ لِي مُطْعِمٌ يُطْعِمُنِي وَسَاقٍ يَسْقِينِ.
Maksudnya:
Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu melakukan puasa Wisal. Sesiapa antara kamu yang ingin melakukan puasa Wisal, maka hendaklah dia melakukannya sehingga waktu sahur."
Para sahabat bertanya:"Sesungguhnya engkau melakukan puasa Wisal, wahai Rasulullah!"
Baginda menjawab:"Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Sesungguhnya aku bermalam dalam keadaan terdapat pemberi makan yang memberiku makan dan pemberi minum yang memberiku minum."
- Imam Malik.
- Imam Abu Hanifah.
- Imam al-Syafi'i.
- Imam al-Thawri.
وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ وَغَيْرُهُ جَمَاعَةٌ يُوَاصِلُونَ الْأَيَّامَ
Abdullah ibn al-Zubayr dan yang lain adalah sekumpulan orang yang akan menghabiskan hari-hari bersama-sama