Showing posts with label Sufi. Show all posts
Showing posts with label Sufi. Show all posts

Thursday, November 19, 2026

SATU ORANG BERADA DI DUA TEMPAT ATAU LEBIH DALAM SATU MASA

Imam As-Suyuthi membawa kisah satu ornag bernama Syeikh Abdul Qodir At-Tashtuti yang mana namanya disebut dalam sumpah talak dua lelaki. Lelaki pertama bersumpah bahawa isterinya tertalak kalau tak benar bahawa Syeikh Abdul Qadir bermalam di rumahnya semalam. Masalah timbul bila seorang lelaki lain juga mendakwa Syeikh Abdul Qodir bermalam di urmahnya semalam dan kalau dia dusta, isterinya tertalak.

Ada dua kemungkinan

a) Lelaki pertama benar dan kedua berbohong atau sebaliknya

b) Kedua-dua benar atau kedua-dua bohong

Dalam semua situasi itu Imam As-Suyuthi menfatwakan sumpah dalam talak tak berlaku. 

tapi sebelum buat keputusan, Imam Suyuthi hantar wakil bertanya dulu kepada syeikh itu. Syeikh itu menjawab:

وَلَوْ قَالَ أَرْبَعَةٌ أَنِّي بِتُّ عِنْدَهُمْ لَصَدَقُوا

Mungkin tidak timbul bagi Imam Suyuthi keraguan terhadap benarnya syeikh itu. Syeikh itu kata kalau ada 4 orang mendakwa hal yang sama, keempat-empat mereka benar semua.

Atas jawapan Syeikh Abdul Qodir, Imam Suyuthi fatwakan kedua-dua sumpah itu tidak menjatuhkan talik isteri mereka dan mereka tak perlu bayar kifarat sumpah.

1) Jika kedua-dua bawa bukti, maka kedua-duanya benar dan tak dihukum langgar sumpah.
2) Jika salah seorang sahaja bawa bukti, seorang lagi tidak-juga tak dikenakan hukum langgar sumpah.
3) Kedua-dua pun sama tak ada bukti-maka juga tidak dihukum langgar sumpah kedua-duanya.

Hukum tak jatuh talak berdasarkan syak adalah diterima pakai oleh para fuqaha.


Maka imam As-Suyuthi bincangkan apakah mungkin satu orang boleh berada di dua tempat dalam satu masa.

Boleh tak???

Para aimmatul a'lam mengkategorikan perkara sebegini (satu orang di dua tempat berbeza) adalah diantara perkara Jaiz Mumkin (harus dan boleh berlaku)

Bersumpah dengan perkara Mumkin tak kena kifarat sumpah kerana ada imkaniyyah benarnya. talak tak berlaku kalau ada syak.

Panjanglah perbahasannya yang dibawa oleh Imam Suyuthi. Kwesimpulannya beliau menerima ia sebagai perkara harus dan mumkin, 

Contoh menarik yang dibawanya ialah Jibril yang bertamassil depan Maryam dan depan Nabi SAW dengan rupa Dahyah Al-kalbi. 

Katanya , mas ajibril meyerupai Dahyah, mana jasadnya yang besar meliputi ufuq? apakah sudahntiada dan jadi satu sahaja? 

Demikian halnya malaikat maut, mungkar nakir, aa dalam peristiwa jutaan orang yang mati serentak an yang disoal dalam kubur srehtak. 

Semua contoh0contoh ini terkumpul dalam satu jawapan....

ITULAH ALAM MITHAL

Alam mithal lebih nipis daripada alam Ajsad tapi tebal sikit daripada alam arwah

Istilah Tabaddul juga digunakan bagi kes berada di beberapa tempat ini.

Tuga istilah tatawuur al-wali

Kerana itulah ada walinya dinamakan Abdal kerana kemampuan mereka berada di pelbagai tempat.


Baca: Shamela