Allah berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 100:
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 100:
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ
Sememangnya Islam amat mementingkan kehalalan dalam soal makan minum. Salah satu di antara daruriyat yang lima ialah menjaga harta. Oleh kerana itu, harta seorang yang lain tidak halal kita ambil dengan cara yang salah. ISlam menjaga hartanya dan melarang kita makan melainkan dengan keizinannnya atau ada kemudaratan syarak yang membenarkannya.
Sabda Nabi SAW:
لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه
كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
Namun, ada pengecualian kes yang mana agama membenarkan makan tanpa izin harta orang lain iaitu:
1) Buahan-buahan kepunyaan orang setelah memanggil tuannya tiga kali untuk minta izin.
2) Susu ternakan yang telah dipanggil tuannya 3 kali tetapi tidak menyahut.
Ini dinyatakan dalam hadis Nabi SAW riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah, bahawa Nabi SAW bersabda:
إذا أتى أحدكم حائطاً فأراد أن يأكل فليناد: يا صاحب الحائط ثلاثاً فإن أجابه وإلا فليأكل، وإذا مر أحدكم بإبل فأراد أن يشرب من ألبانها فليناد يا صاحب الإبل أو يا راعي الإبل فإن أجاب وإلا فليشرب...
Hadis ini menggambarkan mengenai keharusan makan buah daripada pokok orang lain dengan syarat meminta izin. Jika perlu makan buah itu dan tuan tak ada, maka panggil tuannya 3 kali. Jika dia tidak menyahut, maka dibenarkan makan sekadarnya serta tidak bolejh bawa bersama dalam bekas. Dalam hadis disebut tak boleh isi dalam baju (yang dijadikan bekas).
Kekebenaran seperti dinyatakan dalam hadis tertatakluik kepada situasi hajat. Ertinya jika pun tidak mendapat kebenaran, dari segi hukum makan buah-buahan atau minum susu ternakan yang tuannya tidak ditemui untuk minta izin , adalah halal. Syaratnya dia hendaklah memanggil tuannya 3 kali.
Sumber: Dorar
Jika pokok buahan berada dalam kawasan berpagar maka haramlah menggapainya. Jika tiada pagar, maka halal dimakan tanpa mengambilnya isi dalam bekas.
Hal ini disebutkan oleh Imam Ahmad sebagaimana dinukilkan Ibn Qidamah dalam Al-Mughni:
إذا لم يكن عليها حائط , يأكل إذا كان جائعا , وإذا لم يكن جائعا , فلا يأكل . وقال : قد فعله غير واحد من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ولكن إذا كان عليه حائط , لم يأكل ; لأنه قد صار شبه الحريم ... وروي عن أبي زينب التيمي , قال : سافرت مع أنس بن مالك وعبد الرحمن بن سمرة وأبي بردة , فكانوا يمرون بالثمار , فيأكلون في أفواههم . وهو قول عمر وابن عباس وأبي بردة . قال عمر : يأكل , ولا يتخذ خبنة . وروي عن أحمد أنه قال : يأكل مما تحت الشجر , وإذا لم يكن تحت الشجر فلا يأكل ثمار الناس , وهو غني عنه . ولا يضرب بحجر , ولا يرمي ; لأن هذا يفسد ......
* Umpamanya wanita itu biasa haid 7 hari. Tiba-tiba dalam satu bulan haid terus keluar sampai 7 hari berikutnya. Maka, dia hanya boleh anggap darahnya itu haid sehingga hari ke-10 sahaja. Selebihnya sudah istihadhoh. Maka, melihat tempoh kebiasaannya jadi kayu ukur. Tambahan hari dibenarkan hanya 3 hari.Namun, jika kebiasaan haid wanita itu 14 hari, kemudian selepas itu masih ;lagi berterusan darahnya, maka tambahan 3 hari tidak boleh dipakai.Dia kena berpegang dengan kaedah tempoh hadi tidak boleh lebih 15 hari.
Sumber: Islamweb
Sujud Sahwi sunat dilakukan jika meninggalkan apa yang diperintah lakukan dalam solat atau melakukan yang dilarang.
Jika meninggalkan rukun, maka hendaklah dilakukan semula.
Sujud Sahwi dilakukan kalau menambahkan rukun
Solawat atas nabi, kalau ditinggalkan, maka hendaklah sujud sahwi
Bukan semua perkana sunat yang ditinggalkan, maka perlu sujud sahwi.
Melakukan perkara yang dilarang dengan sebab lupa dalam solat tapi ia tak membatalkan solat sekalipun sengaja, maka tidak perlu sujud sahwi. Umpamanya menoleh ke kiri atau kanan dan melangkah dua kali
Perkara yang dilakukan dengan sengaja dan batal solat kerananya, kalau dilakukan sebab lupa, ditampung dengan sujud sahwi. Contohnya percakapan yang banyak.
Memanjangkan rukun yang pendek , kalau sengaja, batal solat. Kalau tak sengaja, hendaklah sujud sahwi. Misalnya Iktidal dan duduk antara dua sujud. Kedua-duanya adalah rukun yang pendek.
Mengubah bacaan ke tempat lain dengan sengaja pun tak batal. Umpamanya baca fatihah masa rukuk atau tasyahud. Namun, kalau lupa, disunatkan sujud sahwi.
Rujuk: Raudhatut Talibin,ms 33,
Merujuk Feqah Syafie seperti yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Minhaju At-Talibin Wa Umdatul Muftin oleh Imam An-Nawawi:
Syarat Jamak Taqdim itu ada 3 iaitu:
1) Mulakan dengan solat pertama dulu. Jika berlaku batalnya solat pertama sedangkan kedua-dua solat itu telah didirikan, maka batallah kedua-duanya disebabkan batal yang pertama. Umpamanya seseorang jamak Zohor dan Asar lalu ketika solat Zohor natalah waktunya belum masuk. Ketika solat Asar , waktu sudah masuk. Kerana Solat Zohor tidak sah, maka Asar juga tidak sah. Lalu, kedua-duanya tidak sah. Kena buat semula.
2) Hendaklah berniat Jamak dalam solat pertama. Waktu niat boleh pada mana-mana masa sementara dalam solat. Awalnya, tengahnya atau akhirnya sebelum salam. Namun, niat ketika pertengahan solat adalah yang paling kuat.
3) Hendaklah muwalat (berturut-turut antara dua solat) Tidak boleh bercerai keduanya dalam tempoh masa yang lama. Jika tidak berturut-turut sekalipun kerana uzur, maka solat kedua wajib ditunaikan dalam waktunya. Tiak mengapa jika ada senaggangan masa yang sedikit menurut adat
Orang yang bertayammum boleh jamak.
Rujuk: Syamilah
Menurut Imam AN-Nawawi dalam Raudhatut Talibin Wa Umdatul Muftin (Jil 1 , ms 102) :
Satu cabang dalam masalah Jamak solat:
kalau seseorang itu mahu solat sunat qabliah sebelum solat jamaknya, maka....
Jika dia mahu menjamakkan solat Zohor dan Asar secara taqdim, maka dia hendaklah solat sunat Zohor dahulu dan kemudian solat sunat sebelum Asar.barulah kemudiannya dia solat jamak Zohor dan Asar.
Adapun jika jamak maghrib dan Insya, maka dia hendaklah solat fardhu maghrib dan Insya dahulu. Selepas itu barulah dia solat sunat lepas maghrib dan disikuti solat sunat lepas insya dan ditamatkan dengan witir.
Pandangan di atas adalah pandangan Imam Ar-Rafie dan Imam An-Nawawi mengatakan ianya saheh kalau mengenai jamak Maghrib dan Insya. Akan tetapi kalau dalam soal jamak Zohor dan Asar, ia adalah pandangan yang janggal dan doif.
Imam An-Nawawi membawakan pandangan para ahli tahqiq bahawa solat sunat Qabliah Zohor hendaklah dilakukan dahulu, kemudiannya baru Zohor dan selepas itu Asar (jamak Tqdim). Lepas itu Solat Sunat ba'diah Zohor dan kemudian solat sunat Asar. Mana boleh solat ba'diah Zohor sebelum solat Fardhu Zohor! Waktu solat ba'diah Zohor adalah selepas solat fardhu zohir. Demikian juga solat sunat Asar hendaklah selepas solat fardhu Asar. Urustan di bawah adalah yang benar menurut Imam An-Nawi selaras dengan pandangan para Muhaqqiqun dalam mazhab.
Rujuk: Maktabah Syamilah
Menurut pandangan Syafie, babi itu lebih buruk keadaannya daripada anjing. Jika anjing itu najis Mugallazoh, maka terlebih aula babi. Lebih buruknya babi daripada anjing itu , menurut Syafie , berdasarkan 2 hujjah:
1) Keharaman babi adalah berdasarkan nas, manakala keharaman anjing berdasarkan istidlal
2) Pengharaman mengambil manfaat daripada babi adalah umum sedangkan pengharaman mengambil manfaat daripada anjing adalah khusus.
Rujuk kitab Al-Hawi Al-Kabir oleh Al-Mawardi menerusi Maktabah Syamilah.
Disebutkan pada mukasurat 49 bahawa seseorang yang bermusafir lalu berniat untuk bermuqim di satu tempat tidak lebih 3 hari, maka dia boleh mengqasarkan solatnya. Jika niatnya untuk bermukim 4 hari atau lebih , maka hendaklah dia solat tamam(sempurna).
Jika dia masuk satu negeri dengan urusan kerja yang dengan niat hendak menyelsaikannya seharu atau dua hari, lalu tidak selesai, maka duia boleh qasarkan solat sehingga hari ke-4. Selepas hari ke-4, kerja tak selesai, maka dia hendaklah solat tamam. KECUALI jika dia masuk ke dalam negeri itu sebagai tentera mujahid yang berperang, maka dia boleh qasarkan solatnya sehingga 17 atau 18 hari.
Rujuk: Maktabah syamilah
Al-Mawardi yang melihat keharusan solat Jamak ketikan sakit sebagaimana keharusannya ketika hujan. Adapun jamak ketika hujan itu terikat dengan syarat-syaratnya iaitu hendaklah dilakukan di masjid, berjemaah dan dalam waktu solat pertama sedangkan hujan sednag turun ketika itu.
An-Nawawi juga menyebut dalam Raudhatut Talibin Wa Umdatu Muftin bahawa harus jamak solat kerana sakit dan dia berdalilkan hadis yang berbunyi:
جَمَعَ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ